Pengenalan
Sesi
Penulisan Intensif (SPI) pernah dianjurkan dengan penuh jaya pada 15-16
Disember 2018, 23-24 Mac 2019, 2 Jun 2019, 10-11 Ogos 2019, dan 9-10 November
2019 [rujuk
di sini]. Bengkel Penulisan Intensif (BPI) pula berjaya dikendalikan
di Taiping, Perak pada 15-17 Disember 2023 [rujuk di sini], di Bandar Pinggiran
Subang, Selangor pada 2-3 Mac 2024 [rujuk di sini], dan di Putrajaya pada
8-9 Jun 2024 [rujuk di sini].
Bengkel Penulisan Intensif di Melaka
Bengkel
Penulisan Intensif (BPI) kali ini dirancang sebagai kesinambungan kepada
pelbagai usaha yang dinyatakan di atas. Rumah inap (homestay) di Melaka dipilih
kerana program pada kali ini turut melibatkan lawatan ke Kampung Chetti di Jalan
Gajah Berang sebelum peserta mengikuti bengkel penulisan. Pengisian bengkel meneruskan
model dan modul yang digunakan pada SPI dan BPI kerana terbukti benar-benar
berjaya dalam memastikan peserta menghasilkan karya bermutu. Tumpuan kali ini
kepada penulisan rencana (esei,
karangan, makalah, artikel) dan cerpen
(cerita pendek) atau cereka (cerita
rekaan); khasnya susulan lawatan ke Kampung Chetti. Rujuk atur cara untuk
perincian tentang sesi bengkel.
Lawatan ke Kampung Chetti
Orang ramai
boleh sama-sama menyertai peserta Bengkel Penulisan Intensif dalam sesi lawatan
ke Kampung Chetti. Pertemuan dan sesi perkongsian pengalaman bersama beberapa
belia/penduduk Kampung Chetti serta lawatan (berjalan) mengelilingi kampung. Harap
maklum bahawa lawatan turut melibatkan kunjungan ke beberapa kuil di Kampung
Chetti. Jika peserta mahu melawat Muzium Chetti, bayaran untuk tiket ialah RM8
seorang (dewasa). Rujuk atur cara untuk perincian tentang sesi lawatan.
Tarikh
Bermula – 14 September 2024 (Sabtu)
Tamat – 15 September 2024 (Ahad)
(Tarikh 16
September 2024 = cuti sempena Hari Malaysia)
Rujuk atur
cara untuk perincian tentang lawatan dan sesi bengkel
Peserta Bengkel Penulisan Intnsif
Bengkel
Penulisan Intensif di Melaka dirangka bagi peserta
dewasa yang sudah ada pengalaman menulis dalam mana-mana bahasa, dan peserta remaja yang meminati bidang penulisan
rencana (esei, karangan, makalah,
artikel) dan cerpen (cerita pendek)
atau cereka (cerita rekaan). Jumlah
peserta dihadkan kepada tujuh (7) orang
sahaja supaya pembimbing (1 orang)
boleh memberi tumpuan peribadi kepada setiap peserta. Keutamaan diberi kepada
peserta pelbagai kaum yang mahu mendapatkan bimbingan secara intensif dan lebih
mendalam dalam penulisan karya Bahasa Malaysia. Individu yang sudah
bergelar “pembimbing bengkel penulisan” tidak diterima sebagai peserta. Peserta
Bengkel Penulisan Intensif digalakkan turut menyertai lawatan ke Kampung Chetti
untuk menimba ilmu dan pengalaman. [Kemas kini pada 14 April 2024: Sudah ada lima peserta bengkel.]
Peserta Lawatan ke Kampung Chetti
Sesiapa
yang berminat boleh mendaftar sebagai peserta sesi lawatan ini. Segala kos
seperti pengangkutan, penginapan, makan-minum dan sebagainya ditanggung sendiri
oleh peserta. Bayaran RM10 dikenakan
untuk membeli cenderamata bagi tuan rumah (Kampung Chetti) dan minuman semasa
sesi perbincangan di Dewan Bacaan Kampung Chetti. Peserta walk-in dikenakan bayaran RM20
kerana tidak mendaftar lebih awal.
Bahasa
Bengkel
Penulisan Intensif (BPI) dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Karya yang dihasilkan juga
dalam Bahasa Malaysia. Sesi lawatan dan perbincangan semasa lawatan ke Kampung
Chetti juga menggunakan Bahasa Malaysia. Peserta perlu mampu berkomunikasi
menggunakan Bahasa Malaysia. Individu yang tidak tahu, tidak mahu, atau
berpura-pura tidak tahu berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia diingatkan
supaya tidak menyertai mana-mana program anjuran Kavyan.
Rangka Atur Cara
Perincian
dan jadual lengkap akan diberi kepada peserta berdaftar sahaja. Peserta perlu
mematuhi “Waktu Kavyan”. Tentatif seperti berikut:
Sabtu (14 September 2024)
10:00 pagi – Peserta Lawatan Kampung
Chetti berkumpul di perkarangan Muzium Chetti, Jalan Gajah Berang, Melaka.
10:15 pagi – Peserta berjalan beramai-ramai
ke Bilik Bacaan, Kampung Chetti.
10:30 pagi – Sesi perkongsian
pengalaman oleh belia/penduduk Kampung Chetti diikuti sesi soal-jawab bersama
peserta/pelawat.
11:30 pagi – Lawatan (berjalan) mengelilingi
Kampung Chetti, termasuk berkunjung ke rumah penduduk terpilih (yang sedia
menerima kunjungan tetamu), serta kunjungan ke beberapa kuil bersama wakil
penduduk Kampung Chetti.
12:30 tengah hari – Melawat Muzium
Chetti. Bayaran masuk RM8 seorang jika mahu masuk. Peserta yang tidak melawat
muzium boleh bersurai.
1:30 tengah hari – Tamat sesi
lawatan ke Kampung Chetti.
3:00 petang – Peserta Bengkel
Penulisan Intensif mendaftar masuk ke rumah inap (homestay).
3:30 petang – Sesi sumbang saran (brainstorming) [berkumpulan]
[Peserta diingatkan supaya tidak menyiapkan draf/manuskrip.
Sebaliknya, bawa catatan idea sahaja
untuk dibincangkan sebelum mula menulis karya.]
4:30 petang – Menulis draf awal karya [individu]
6:00 petang – Bedah karya (rencana/cerpen/cereka) [berkumpulan]
7:30 malam – Makan malam (di luar)
9:00 malam – Membaiki karya (rencana/cerpen/cereka) [individu]
10:00 malam – Bimbingan seorang ke
seorang (one-to-one)
Ahad (15 September 2024)
7:30 pagi – Sarapan (di luar)
8:30 pagi – Membaiki karya (rencana/cerpen/cereka) [berpasangan]
9:30 pagi – Membaca teks karya dan
komen pembimbing.
10:30 pagi – Membaiki karya (rencana/cerpen/cereka) [individu]
11:45 pagi – Kirim karya lengkap kepada pembimbing.
12:00 tengah hari – Mendaftar keluar
dari rumah inap.
Bayaran dan Kos Lawatan ke
Kampung Chetti
Setiap
peserta dikenakan bayaran RM10 (Ringgit
Malaysia Sepuluh Sahaja) bagi menampung kos membeli cenderamata untuk wakil
kaum Chetti Melaka yang menyertai sesi perkongsian pengalaman dan lawatan
mengelilingi Kampung Chetti. Bayaran ini perlu dibuat selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2024 (9:00 malam). Bayaran tidak
dipulangkan jika peserta gagal hadir atas apa-apa pun sebab dan alasan. Peserta
walk-in dikenakan bayaran RM20 kerana tidak mendaftar lebih awal.
Kos makan-minum ditanggung oleh masing-masing peserta. Kos perjalanan dan tiket
masuk ke Muzium Chetti juga ditanggung sendiri.
Bayaran dan Kos Bengkel Penulisan
Intensif
Setiap
peserta dikenakan bayaran RM50 (Ringgit
Malaysia Lima Puluh Sahaja) bagi menampung kos sewa rumah inap (homestay). Bayaran ini perlu dibuat selewat-lewatnya
pada 31 Julai 2024 (9:00 malam). Bayaran
tidak dipulangkan jika peserta gagal hadir atas apa-apa pun sebab dan
alasan. Kos makan-minum ditanggung oleh masing-masing peserta. Kos perjalanan
juga ditanggung sendiri.
Sijil Penyertaan
Sijil penyertaan
digital (pdf) diberi kepada peserta yang mengikuti bengkel sepenuhnya serta
berjaya menghasilkan karya (rencana/cerpen/cereka)
mengikut kriteria yang ditetapkan. Peserta lawatan ke Kampung Chetti juga
menerima sijil digital (pdf) sebagai kenang-kenangan. Nama pada sijil mengikut
nama diberi semasa mendaftar. Sijil ganti tidak akan diberi.
Barangan Keperluan Bengkel Penulisan
Intensif
Peserta Bengkel
Penulisan Intensif wajib membawa segala barangan keperluan untuk menulis: Komputer riba, buku tulis, alat tulis,
buku/bahan rujukan, kamus, dan seumpamanya. Peserta juga perlu membawa segala barangan keperluan peribadi: Pakaian,
tuala, berus gigi, ubat-ubatan, makanan ringan, botol air, pengecas telefon, extension wire, dan sebagainya. Segala
barangan ini tidak disediakan.
Penginapan Bengkel Penulisan
Intensif
Peserta Bengkel
Penulisan Intensif perlu menginap di rumah inap (homestay) kerana sesi berlangsung hingga lewat malam. Penginapan
adalah dalam konsep perkongsian; maknanya tidak boleh mengharapkan satu bilik untuk
seorang peserta. Jika peserta memilih untuk tidak menginap, masih perlu membuat
bayaran penuh, serta masih perlu akur pada jadual (atur cara). Tidak dibenarkan
membawa teman, keluarga, binatang peliharaan, dan sebagainya (bukan peserta) ke
tempat penginapan atas apa-apa alasan sekali pun.
Makan-Minum Bengkel Penulisan
Intensif
Segala kos
makan-minum ditanggung sendiri. Minum petang (3-in-1) dan biskut ala kadar disediakan semasa Bengkel Penulisan
Intensif. Dibenarkan keluar untuk sarapan dan makan
malam. Peserta boleh membawa makanan ringan dan jajan jika mahu. Minuman beralkohol
tidak dibenarkan. Merokok (termasuk vape)
tidak dibenarkan di rumah inap.
Penyelaras Lawatan ke Kampung
Chetti
[Maklumat penyelaras akan dikemas
kini di sini]
Penyelaras Bengkel Penulisan
Intensif
[Maklumat penyelaras akan dikemas
kini di sini]
Pembimbing Bengkel Penulisan
Intensif
Uthaya Sankar SB terlibat dalam bidang penulisan sejak tahun
1991. Beliau berpengalaman mengendalikan program galakan membaca dan bengkel penulisan
di seluruh negara sejak tahun 1994. Buku terbaharunya ialah The Painted Cat (2023) dan Dewi Pertiwi (2024). [Baca biodata penuh]
Pendaftaran Peserta
Peserta
lawatan ke Kampung Chetti perlu membuat bayaran RM10 ke akaun CIMB 8002429656 (Uthaya Sankar SB) sebelum 31 Ogos 2024 (9:00 malam) dan [mengisi borang pendaftaran].
Individu yang
berminat menulis rencana/cerpen/cereka
dan benar-benar komited menyertai Bengkel Penulisan Intensif perlu mendaftar dengan
mengirim maklumat diri (nama penuh,
nombor telefon, dan alamat e-mel) ke e-mel uthayasb@gmail.com
atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya). Pendaftaran ditutup sebaik cukup tujuh (7) peserta. Pendaftaran juga
hanya sah apabila bayaran RM50 sudah
dibuat iaitu selewat-lewatnya pada 31
Julai 2024 (9:00 malam).
Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
Hubungi e-mel
uthayasb@gmail.com
atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) hanya jika jawapan bagi sebarang pertanyaan tidak
ada di atas.